Selasa, 23 Julai 2013

JASAMU DI KENANG..MAJLIS PERSARAAN GPK HEM ,PN.HJH.RAHMAH BINTI MOHSIN (ISNIN 1 JULAI 2013)

TERIMA KASIH ....

Dia Seorang Guru Tua

Dia seorang guru tua sebuah sekolah
terdidik dalam negeri tanpa berjela ijazah
penunggu setia sekolah desa bukan cuma ganjaran upah
tidak juga mengharap kemilau gelar dan anugerah
sekadar kerelaannya menggenggam suatu amanah
yang mengangkat harga diri dan maruah
dengan berbekalkan keyakinan dan hikmah
dengan kelkhlasan had dan pasrah
dengan tidak mengenal jemu dan penat-lelah
yang diperkirakan kepuasan diri membangun ummah
berlandas paksi yang jelas dalam tuju-arah.
Dia seorang guru pengganti ayah ibu
dia seorang guru pembentuk generasi baru
dia seorang guru pembina insan sepadu
dia seorang guru pewaris tamadun ilmu
yang terus hidup sepanjang waktu
diimbau berbunyi dilihat bertemu.

Ismail Haji Adnan
1989



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mesyuarat Agong PIBG SK Lelaki Bandar , Kluang pada hari Khamis, 29 Mac 2018.

Mesyuarat Agong PIBG SK (L) Bandar, Kluang telah dirasmikan oleh YB Datuk Hj.Md. Jais Bin Sarday , ADUN Mahkota  Kluang pada petang Khami...