Khamis, 18 Januari 2018

Bengkel Semakan Pelan Strategik Sekolah / Rancangan Pemajuan Sekolah 2018

Bengkel Semakan Pelan Strategik Sekolah / Rancangan Pemajuan Sekolah  2018 telah diadakan  pada hari Selasa ,16 Januari 2018 dengan kehadiran Guru Besar, GPK dan guru - guru dari sekolah SK KG Tengah, SK Sir Ibrahim, SK Seri Taman Kluang Barat dan SK Lelaki Bandar, Kluang.  Bengkel tersebut disampaikan oleh Timbalan Pegawai Pendidikan  Daerah Kluang, En. Shahat Bin Md. Shah.

Barisan Guru dan Kakitangan SK (L) Bandar, Kluang.2018



Majlis Pelantikan Pengawas, Perpustakawan , Pengawas SPBT, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah , 14 Januari 2018.

Pemimpin - pemimpin kecil SK Lelaki Bandar telah dilantik secara rasmi pada majlis ringkas, Majlis Pelantikan Pengawas, Perpustakawan , Pengawas SPBT, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah pada hari Ahad, 14 Januari 2018. Semoga mereka dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik sekaligus dapat memupuk sifat kepimpinan dalam diri masing - masing.
Bacaan ikrar diketuai oleh Ketua Pengawas 2018, Muhamad Hariez Mirza Bin Azhar.

Pengawas SKLB 2018.

Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah 2018



Pengawas Perpustakawan dan Pengawas SPBT 2018

Merentas Desa 10 Januari 2018

Pihak sekolah telah menjalankan Program Merentas Desa  2018 pada hari Rabu , 10 Januari yang lepas. Program ini melibatkan penyertaan semua murid termasuk  murid - murid pra sekolah dan pendidikan khas . Pihak sekolah juga merakamkan penghargaan kepada Polis Trafik Kluang yang membantu dari segi kawalan trafik dan keselamatan murid- murid.

Mesyuarat Agong PIBG SK Lelaki Bandar , Kluang pada hari Khamis, 29 Mac 2018.

Mesyuarat Agong PIBG SK (L) Bandar, Kluang telah dirasmikan oleh YB Datuk Hj.Md. Jais Bin Sarday , ADUN Mahkota  Kluang pada petang Khami...