Ahad, 28 Februari 2016

Tahniah Christic Manggku dan Isma Daniel !!

Tahniah Christic Manggku dan Isma Daniel yang berjaya memenangi pingat di Kejohanan MSSJ peringkat Zon Kluang Barat yang diadakan pada 22 hingga 23 Februari yang lepas. Christic Manggku menjadi Johan dalam acara rejam Lembing dan tempat ketiga acara lari berpagar bawah 12 tahun manakala Isma Daniel berjaya mendapat tempat ketiga acara lompat jauh bawah 10 tahun.

Raja Zarith Sofea Wild Life Defender Challenge

Pada minggu lepas 23 - 24 Februari 2016  , 7 orang murid telah ke Tanjung Piai , National Park bagi menyertai aktiviti Raja Zarith Sofea Wildlife Defender Challenge. Semoga ilmu dan pengalaman yang diperolehi dapat meningkatkan kesedaran murid dan guru terhadap alam sekitar.

Pelancaran Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah. 28 Februari 2016.





Majlis Sambutan Maulidur Rasul SK Lelaki Bandar, Kluang.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul SK Lelaki Bandar, Kluang telah diadakan pada 21 Februari 2016.  Sambutan ini juga menyaksikan kerjasama semua warga sekolah dan pihak ibu bapa terutama dalam aktiviti rewang yang diadakan pada petang 20 Februari. Pihak sekolah telah menjemput Ustazah Norashikin Bt. Jaafar sebagai penceramah jemputan.


MESYUARAT PIBG KALI KE 42 SK LELAKI BANDAR

      Pada 21 Februari yang lepas telah diadakan Mesyuarat PIBG SK Lelaki Bandar , Kluang Kali Ke 42. Mesyuarat PIBG kali ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tn. Hj. Jais Bin Sarday , Ahli Dewan Undangan Negeri  ( Mahkota). Mesyuarat PIBG kali ini juga menyaksikan Leftenan Kolonel Mohd Radzi bin Ariffin telah dilantik menjadi Naib Yang Di Pertua PIBG yang baru menggantikan Tuan Hj. Mohd Nazri Bin Muda yang telah berpindah ke Kota Tinggi, manakala Pn. Roslina Bt. Omar telah dilantik sebagai AJK menggantikan Pn. Saonah Bt. Dato Ahmad yang juga telah berpindah ke Terengganu. Semoga  permuafakatan antara PIBG akan dapat meningkatkan lagi prestasi sekolah pada masa akan datang.


Khamis, 18 Februari 2016

KARNIVAL PERMAINAN BOLING PENDIDIKAN KHAS KALI KE-11 
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI KLUANG 
TAHUN 2016

                      HARI   :  KHAMIS
                      TARIKH :  18 FEBRUARI 2016
                      TEMPAT :  AMPANG SUPERBOWL, KLUANG MALL, 

PENCAPAIAN :  LOGATHARSHINI A/P NAGARAJAN
TEMPAT KETIGA
                KATEGORI BD PEREMPUAN TERBUKA












                                                                                                                                            FLO
Majlis Permuafakatan Ibu Bapa dan Murid Tahun 6

Hari : Rabu
Tarikh : 17 Februari 2016
Tempat : Dewan Gemilang SKLB Kluang















                                                                                                                       FLO

Mesyuarat Agong PIBG SK Lelaki Bandar , Kluang pada hari Khamis, 29 Mac 2018.

Mesyuarat Agong PIBG SK (L) Bandar, Kluang telah dirasmikan oleh YB Datuk Hj.Md. Jais Bin Sarday , ADUN Mahkota  Kluang pada petang Khami...