Ahad, 22 Mac 2015
Majlis Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru Tahun 6 2015.
Majlis Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru Tahun 6 2015 telah diadakan pada 12 Mac 2015 . Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada ibu bapa yang berjaya menghadirkan diri pada majlis tersebut. Antara agenda majlis tersebut ialah ucapan dari tuan guru besar, pengurusan headcount anak- anak, program - program kecemerlangan sepanjang tahun bagi murid UPSR , masalah yang perlu diatasi dan diakhiri dengan ikrar murid - murid dan ibu bapa. Guru Bimbingan dan kaunseling juga memberikan beberapa panduan dan tips untuk cara menangani masalah anak - anak .
Sesi Perkongsian Ilmu Bersama Guru Besar SKTM2, Sekolah Kluster. 11 Mac 2015.
Sesi Perkongsian Ilmu Bersama Guru Besar SKTM2 ( Sekolah Kluster) , En. Samedon Bin Abdullah telah diadakan pada 11 Mac 2015. Semoga ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan bersama.
Gotong Royong Perdana SK Lelaki Bandar , Kluang pada 11 Mac 2015.
Terima kasih kepada semua anak murid dan guru yang terlibat. Semoga kita mengamalkan kebersihan walau di mana pun kita berada.
Karnival Pendidikan Islam Peringkat Zon Kluang Barat.
Karnival Pendidikan Islam Peringkat Zon Kluang Barat. telah diadakan di SK Lelaki Bandar pada 8 Mac yang lepas . Tahniah diucapkan kepada Muhammad Rafiq bin Roslan kerana berjaya mendapat tempat pertama dalam acara tulisan Jawi dan Nazrin Hakim pula tempat ketiga dalam Tilawah Al Quran.
Kursus Kepimpinan Pemimpin - Pemimpin Kecil di Kem PLKN Sembrong pada 28 Februari - 1 Mac 2015.
Kursus tersebut telah dijalankan di Kem PLKN Sembrong melibatkan 93 orang murid SK Lelaki Bandar. Kem yang melibatkan pengawas sekolah, ketua darjah dan ahli jawatankuasa kelab dan persatuan itu mengambil masa 2 hari dan dipenuhi dengan aktiviti - aktiviti menarik . Peserta - peserta yang terdiri daripada murid Tahun 3 - 6 ini diharapkan dapat menggunakan ilmu yang diperolehi sebaik mungkin dalam kehidupan mereka.
Penyertaan Murid - Murid di Kejohanan Sukan dan Balapan Peringkat Zon Kluang Barat pada 23 Februari 2015
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgJp2jgnB9aH71N1QKVzScOORrrAHsd_-TRUIZISCYzX8WDqTobYm2_9rlJf5tmEFKMMzbB5PISFiUOsRisPd6nwdjgBJ7jMcgMc_a73Bsm9Jt-iHyzkLSfDGTuakmSuPKzt9t6Zl5hVPIh/s1600/mssz.jpg)
- Pingat emas dalam acara lompat tinggi L12dimenangi oleh Mohd Razif b. Amron .
- Pingat emas dalam acara rejam lembing L12 dimenangi oleh Muhammad Raimi B. Roslan
- Pingat perak dalam acara lontar peluru L12 dimenangi oleh Muhammad Raimi B. Roslan
- Pingat gangsa dalam acara rejam lembing L12 oleh Carlsen Henskey
- Pingat gangsa dalam acara 4x100m L12.
- Pingat gangsa dalam acara 4x100 m L10.
Langgan:
Catatan (Atom)
Mesyuarat Agong PIBG SK Lelaki Bandar , Kluang pada hari Khamis, 29 Mac 2018.
Mesyuarat Agong PIBG SK (L) Bandar, Kluang telah dirasmikan oleh YB Datuk Hj.Md. Jais Bin Sarday , ADUN Mahkota Kluang pada petang Khami...
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj7asaTGcmuWdVDnqRUMAIls1CHtG-mMUbTjwtwsyvXB4FWk_QBF95VjlPSAbKVQLe6Yt024ZBfCHuCQMVjBcTWR928Z4nmbbwmeLJjlfBZljPd-1KGMsgcxOZGu1D_DMYDqG3iPt5A3htv/s400/pibg++sklb+.jpg)
-
Pemimpin - pemimpin kecil SK Lelaki Bandar telah dilantik secara rasmi pada majlis ringkas, Majlis Pelantikan Pengawas, Perpustakawan , Peng...
-
Pertandingan Mewarna Poster Anti Dadah telah diadakan pada Rabu, 2 Mac 2016 yang lepas , di mana semua murid SK Lelaki Bandar telah menyert...