Ahad, 8 April 2018

Mesyuarat Agong PIBG SK Lelaki Bandar , Kluang pada hari Khamis, 29 Mac 2018.


Mesyuarat Agong PIBG SK (L) Bandar, Kluang telah dirasmikan oleh YB Datuk Hj.Md. Jais Bin Sarday , ADUN Mahkota  Kluang pada petang Khamis, 29 Mac 2018.  AJK PIBG dan pihak sekolah mengucapkan setinggi - tinggi tahniah dan terima kasih kepada ibu bapa , guru dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakannya.

Taklimat Pembinaan Pelan Strategik Sekolah Oleh Tuan Hj. Mohd Zahar Bin Mohd Zahid; Pegawai SIP+ pada 13 Mac 2018

Pada Selasa 13 Mac yang lepas, pihak sekolah berbesar hati menerima kunjungan Tuan. Hj. Mohd Zahar Bin Mohd Zahid , Pegawai SIP +  atas kesudian beliau memberikan bimbingan kepada guru - guru serta pentadbir sekolah tentang pembinaan dan pelaksanaan Pelan Strategik Sekolah. 

Demonstrasi Cara Menggosok Gigi Oleh Jururawat dan Kakitangan Kesihatan Klinik Kesihatan KKIA pada 13 Mac 2018.


Majlis Tilawah AlQuran Peringkat Zon Kluang Barat di SK (P) Bandar , Kluang pada 7 Mac 2018.


Pada 7 Mac 2018, Adik  Muhammad Wafi Bin Kamarulzaman telah memenangi tempat pertama dalam acara Hafazan manakala adiknya pula Muhammad  Fatih Bin Kamarulzaman mendapat tempat kedua dalam acara khat. Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan guru- guru .

Rabu, 7 Februari 2018

Agihan Bantuan Awal Persekolahan , 6 Februari 2018 di Bilik Mesyuarat SK (L) Bandar, Kluang.


Sukaneka Pra sekolah, Tahun 1 dan Tahun 2 dan Acara Tarik Tali pada 5 Februari 2018



Bengkel Penggunaan Tab Lenovo dan Frog Play ( Frog VLE) , 4 FEBRUARI 2018.


Pada 1 Februari 2018 , pihak sekolah telah menerima Tab Lenovo dari pihak Kementerian Pelajaran  dan Utusan Malaysia di Dewan Gemilang, SK (L) Bandar, Kluang.

Bengkel Penggunaan Tab pula telah diadakan di Makmal Komputer pada 4 Februari 2018. Guru- guru telah diajar cara menggunakan E- Tutor bagi menyediakan lembaran kerja dengan cepat dan mudah selain cara memuat turun Utusan Malaysia dan Utusan Jawi.  Selain itu, Unit ICT SK (K) Bandar juga mengambil peluang ini untuk mengadakan taklimat ringkas cara menggunakan Frog Play  (FROG VLE) semasa sesi pengajaran atau pun semasa kelas ganti.


Kursus Dalaman PIKeBM dan Bahasa Isyarat 30 Januari 2018


Khamis, 18 Januari 2018

Bengkel Semakan Pelan Strategik Sekolah / Rancangan Pemajuan Sekolah 2018

Bengkel Semakan Pelan Strategik Sekolah / Rancangan Pemajuan Sekolah  2018 telah diadakan  pada hari Selasa ,16 Januari 2018 dengan kehadiran Guru Besar, GPK dan guru - guru dari sekolah SK KG Tengah, SK Sir Ibrahim, SK Seri Taman Kluang Barat dan SK Lelaki Bandar, Kluang.  Bengkel tersebut disampaikan oleh Timbalan Pegawai Pendidikan  Daerah Kluang, En. Shahat Bin Md. Shah.

Barisan Guru dan Kakitangan SK (L) Bandar, Kluang.2018



Majlis Pelantikan Pengawas, Perpustakawan , Pengawas SPBT, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah , 14 Januari 2018.

Pemimpin - pemimpin kecil SK Lelaki Bandar telah dilantik secara rasmi pada majlis ringkas, Majlis Pelantikan Pengawas, Perpustakawan , Pengawas SPBT, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah pada hari Ahad, 14 Januari 2018. Semoga mereka dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik sekaligus dapat memupuk sifat kepimpinan dalam diri masing - masing.
Bacaan ikrar diketuai oleh Ketua Pengawas 2018, Muhamad Hariez Mirza Bin Azhar.

Pengawas SKLB 2018.

Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah 2018



Pengawas Perpustakawan dan Pengawas SPBT 2018

Mesyuarat Agong PIBG SK Lelaki Bandar , Kluang pada hari Khamis, 29 Mac 2018.

Mesyuarat Agong PIBG SK (L) Bandar, Kluang telah dirasmikan oleh YB Datuk Hj.Md. Jais Bin Sarday , ADUN Mahkota  Kluang pada petang Khami...